Friday, 4 August 2017

So Excited !! My Second Pregnancy

Assalamulaikum dan hai !

Aku bersyukur dan gembira sangat. Yess ! I'm pregnant. Dalam kiraan aku guna apps sekarang lebih kurang 6 minggu usia kandungan, sekecil kacang pea. Alhamdullilah, aku terima dengan hati yang terbuka. Ekceli memang aku rancang untuk tambah anak selepas usia Opal 2 tahun. Genap je Opal 2 tahun aku pun dihadiahkan dengan berita gembira.

Aku last period masa bulan 6 iaitu 21 haribulan. Dari bulan 1 aku dah mencuba, tapi belum diberikan rezeki. Kadang tu aku terfikir negative. Kenapa aku masih tak pregnant lagi. Aku akui masa untuk dapatkan Opal dulu aku gap 2 bulan lepas bernikah.

 Bila masih belum diberikan rezeki aku buat keputusan untuk menguruskan badan. Start dalam bulan 6 haritu , awal ramdhan aku dah berdiet. Sebelum aku diet berat aku hampir-hampir 80kg, dalam 78-79 kg. Lepas sebulan, masa raya aku timbang 74-75 kg. Kihkih masa tu gembira nau nau ler. Bila dah hujung-hujung bulan aku dah syak yang aku tak period lagi. Aku tak sangka pun akan positif. Sebab sebelum ni memang period aku ada lambat sikit tapi bila test negative je manjang.

Masa tu aku tak tahu apa perasaan, suka or sedih. Yerla dalam aku tengah berkobar-kobar berdiet terpaksa pulak stop sebab dah pregnant. Tapi bila suami aku berikan respon yang baik. Perasaan negative tu mula bertukar positif. Now, aku rasa sangat eksaited bila pregnant. Even dulu aku pernah cakap, 1st dengan 2nd pregnancy takkan sama eksaitednya maklum lah 2nd kan. Tapi bagi aku sekarang, kalau 2nd ke 3rd ke yang ke 10 ke aku still rasa macam 1st pregnancy. Ternyata sangkaan aku dulu meleset. Huhuhuh.


Ini test UPT yang pertama tak ingat pulak tarikhnya tapi hujung bulan 7 dalam 28-29 / 7 / 2017 macamtu. Nampak sangat kabur tapi aku yakin aku pregnant. Kenapa ?? Sebab Opal dulu pun macam ni. Lagi pun boleh tahu kann memang aku tak period dah sebulan. 


Ini UPT test yang aku buat pagi tadi 4 / 8 / 2017. So tak ada keraguan lagi tentang kehamilan aku ini. Heheheh

Aku mengaku masa aku 1st pregnant dulu. Opal dalam perut aku blur / kosong pasal pregnancy. Umur bukan budak, 23 tahun kot ! Tapi aku kosong. Yang aku tahu , shopping baju baby comel-comel, beranak tu sakit, cuti 2 bulan dibayar gaji. Hahahah. 

Bab pantang, supplement, urut lepas bersalin, penjagaan diri lepas bersalin. Memang aku amek mudah. Bab beranak lagi aku kosong. Sebab tu aku beranak czer gara-gara tak reti teran. Huh ! Aku harap 2nd pregnancy ni aku lebih bersedia dari dulu. Aku nak beli yang perlu, benda wajib "berpantang" dan paling penting aku boleh beranak normal, InshaAllah. Aminn

Bila dapat tahu yang aku pregnant, masa awal-awal ni la aku dah mula makan dan minum benda-benda berkhasiat. Acid folic aku dah beli, tak payah tunggu klinik bagi. Nak tak nak aku paksa jugak diri aku minum susu. Aku amalkan susu HL marigold. Alhamdullilah, diterima tekak. Suami suruh aku minum susu tepung ibu mengandung. Bukan aku tak nak, aku takut jadi macam pregnant kan Opal dulu. Susu lansung tak boleh terima oleh tekak. Paksa jugak minum, tak sampai setengah jam, perut dah mula memulas dan loya and muntah semula susu tu. Tapi aku akan cuba untuk minum susu ibu mengandung. Kalau tak boleh jugak, terpaksa la aku minum HL je.

Banyak feedback yang positif berkenaan pati delima Gulsan. Semua dari ibu-ibu mengandung. Ada yang kata naik kan HB, ada kata lepas beranak anak kurang and takda kuning, selain itu delima kan memang buah yang berkhasiat. Mana tahu aku dikurniakan puteri pulak ni, putih melepak dia keluar nanti. InshaAllah. Heheheh. 


Bercakap pasal anak perempuan. Memang masa aku plan nak tambah anak haritu, aku guna calender gender chinese. SINI. Aku sungguh nak anak perempuan sebab Opal dah boy. Cucu belah mama masuk Opal 3 boys. Cucu belah mertua Opal first and sorang. So harap la aku dapat pregnant kan girl. Sampai aku larang suami makan seafood sebelum nak bersama. Hahaha Tapi tak da rezeki masa tu, so aku macam tak kesah dah bila bersama. Tup tup melekat pulak. Aku macam redha je sekarang boy ke girl ke aku terima dengan hati terbuka. Dan aku sayang kedua-dua anak aku nanti. Semoga aku boleh berlaku adil. Aku dah buat keputusan. Lepas beranak yang kedua ni nanti. Aku akan merancang, sampai kedua-dua dah sekolah baru aku akan fikir untuk tambah anak LAGI. Hahaha. Aku nak guna perancang Implan. Orang cakap anak tu rezeki, buatpe nak rancang-rancang, orang len nak dapat anak kemain susah lagi bila kau dah boleh nak sekat-sekat pulak. InshaAllah kalau diberi rezeki aku takkan tolak. 






No comments:

Post a Comment