Wednesday 9 August 2017

Lelaki Atau Perempuan ?

Assalamualaikum dan hai !

Pregnancy kali ni aku masih tak ada morning sickness tapi tapiii aku kurang selera makan. Hahaha Good news betul lah ! Masa Opal dulu 24 hours aku mencekik, perut asyik berbunyi dangdut lapar. Haissh, alasan baby yang nak makan padahal ibu dia yang ngada-ngada nak makan.

Sejak dapat tahu aku pregnant masa tu, aku jarang makan banyak kali. Kadang tu aku makan sepinggan pun tak habis. Ekceli aku bukan macam tu okeyy. Jenis aku makan tak pernah cukup, maksudnya kalau makan sepinggan mesti nak tambah lagi. Aku harap-harap sangat pregnancy kali ni aku tak sebesar 1st pregnancy. Why ?? Sebab aku serik makan je manjang sampai berat badan cecah 90 kilogram ! Makaiiiihh nak cari baju untuk pakai seharian pun takdo ! Baju jalan or pregnancy lansung tak muat uols !

Masa lahir kan Opal dulu aku tak scan gender, so aku tak tahu aku akan beranak kan anak perempuan or lelaki. Tapi naluri aku kuat mengatakan aku akan lahirkan anak perempuan. Sampai aku tak perasan aku selalu makan benda-benda yang menunjukkan tanda-tanda anak lelaki. First aku selalu oder kek cheese meleleh. Tak kira la perisa apa, coklat pandan or strawberi. Memang akan makan lah 1 bekas seminggu. Aku ingatkan manis-manis(orang cakap makan manis-manis perempuan) ekceli no !! Cheese kan masin. Hahahah Then aku suka makan cencalok. Cencalok ni mak mertua aku buat sendiri so fresh-fresh geragau dia. Tak macam dalam botol yang jual kat tepi jalan tu. Kalau ada cencalok 2 pinggan nasi panas aku sebat, sampai nk 3 pinggan pun hadoo ! Cencalok memang masin sebab bahan utama dia geragau , nasi panas dan garam lepastu perap. Tu yang keluar bebird. Hihihi Selain tu, kalau ikut kalender gender cina memang boy pun. Orang kata jangan percaya sangat, mungkin kebetulan.

Untuk 2nd pregnancy ni aku macam tak kesah anak lelaki or perempuan. Aku sebenarnya rindu nak shopping barang baby. Tapi sejak-sejak akhir ni aku mula risau pulak. Yess memang dulu aku nak sangat anak perempuan, tapi bila aku paham konsep "itu semua Allah tentukan" aku dah tak kesah janji anak aku keluar nanti sihat dan sempurna. Baru-baru ni sepupu aku baru melahirkan anak kedua iaitu perempuan. So dia dah sepasang. Bila aku tengok kawan-kawan aku pun dah 3 orang ada anak sepasang aku mula risau. Aku takut tak dapat anak perempuan. Aku mula down. Tapi aku de jugak guna kalender cina (amaran : jangan terlalu percaya)


Kalau ikutkan umur aku sekarang 26 tahun (2016) tapi baby lahir masa umur aku 27 tahun iaitu bulan 3. Due date 28 / 3/2018  (tahun depan) So dapat lah kaler pink. Kaler pink girl.

Tapi aku ada jugak guna kaedah calculator. SINI


 Mula masukkan tarikh lahir ibu. Macam dia atas. Tekan continue



Kemudian dia akan suruh kita masukkan due date baby. Lepastu continue lagi.


Tadaaa ! Tapi ini semua tak boleh percaya. Aku percaya bila dah scan and konpem 100% baru aku percaya. Lepastu baru boleh shopping baju baby. Opkos la Hello Kitty and Pink !!

No comments:

Post a Comment