Thursday 24 August 2017

Alhamdulillah . Second Pregnancy !

Assalamulaikum dan hai !


Masa last ENTRI  aku ragu-ragu dengan kandungan aku yang kedua ni. Bukan apa, yerla bila doc scan dan aku nampak dengan mata aku sendiri yang kantung tu kosong aku tak letakkan harapan pada kandungan kali ni. Tapi Allah tu maha Esa, aku berdoa supaya lindungi dan sempurnakan kandungan aku, Alhamdulillah tadi aku scan dah nampak dah baby tu. Doc pun sah kan yang jantung baby mula kelihatan walaupun samar-samar.  


Repeat Scan 24/8/2017


Last Scan 10/8/2017



Sebenarnya aku tak lah cemas dan tak lah cool sangat. Dalam masa yang sama aku risau dan takut. Risau dan takut sebab kalau-kalau betul kandungan itu tak menjadi aku terpaksa refer hospital untuk cuci/gugurkan. Aku masih boleh terima kalau bukan rezeki aku untuk mengandung. Kawan pernah cerita yang cuci tu sakit. Itu yang aku risaukan. Tapi Allah lebih mengetahui, yang mana baik untuk aku dan mana tidak. Dia beri aku peluang untuk pregnant sekali lagi. Aku syukur sangat.

Ada yang cakap memang macam tu, awal-awal kalau scan hanya nampak kantung sahaja, Next scan baru akan nampak baby. Masa tu aku anggap ada rezeki ada, kalau tak ada rezeki aku boleh cuba lagi. Selama tunggu repeat scan aku still makan acid folic dan minum susu (susu HL sebab susu ibu hamil tak lalu) macam biasa. Suppliment sampingan Jus Delima Gulsan (RM12.70 aku beli )

Selama tu juga , loya , malas , mengantuk nak tidur , haus air manis (systom ibu hamil tu ada) Suami selalu bagi kata-kata semangat bebaur lawak. Hahah ! Dia kata baby main-main lah, jangan risau dia ada. Dia sorok-sorok je tu. Dia yakin baby tu ada.  Finally Alhamdullilah !! Kalau ikut period aku 9 minggu 2 hari tapi masa scan dia anggarkan 8 minggu dua hari. lewat seminggu tapi doc bagi kata-kata positif. Dia kata takpe masa awal-awal ni tak sama dengan pembesaran dia should be ok. Melainkan kalau 5 6 bulan nanti masih tak ikot pembesaran nya barulah boleh risau. Aku harap semua nya berjalan lancar dan dipermudahkan. Aminn !

No comments:

Post a Comment