Thursday 1 September 2016

Suprise Candle Light Dinner - Anniversary ke 2 Tahun

Asssalamualaikum dan hai !

Alhamdulillah baru-baru ni genap lah usia perkahwinan aku yang ke dua tahun. Semoga berkekalan dan sentiasa bahagia bersama suami dan anak (Opal) anak (akan datang). Aminn. Husben offer aku hadiah. So dia tanya aku nak tak gelang emas ? Mestilah aku nak, gila kau tak nak. Lagipun gelang untuk hadiah birthday aku dah putus so aku dah jual dah pun. Aku tak nak sambung balik. Kalau sambung balik mungkin akan putus untuk kali ke-2. Kesimpulannya, husben tambah duit untuk beli yang lain. Mahal sikit dari hadiah birthday. Hehehe.


Tadaaa ! Dulu aku pilih yang berpintal. Tapi berpintal tu dah putus, so kali ke-2 aku pilih bulat berfesyen sikit. Sebenarnya aku nak buat pesahan tapi aku ni ganas terpaksa lah aku pakai time nak pergi jalan jer. Kalau pakai buat pesahan boleh tapi takut putus lagi. Hmmmm 

Bahagian aku dah selesai. Sekarang bahagian husben pulak. Hadiah dia aku belikan cermin mata rayban. Actually aku nak beli senyap-senyap tapi kantoi jugak. Belom sampai masa husben dah tahu dah hadiah dia. Spoil betul ! Macam aku  susah sikit nak keluar pergi beli sendiri. Suami akan tanya details. Keman. dengan siapa, buatpe ? Bab nak membohong tu memang tak boleh. So terpaksa lah aku beli online jer. 

Lepas hadiah suprise tak jadi tu aku pun booking suprise planner untuk candle light dinner sempena anniversary kiteorang. Mula-mula berjalan lancar, smooth jer. The end kantoi jugak lagi 1 hari jer. Cheihhh ! Dia tahu aku nak buat suprise dinner. So tak jadi lah suprise canddle light dinner. Malam 30 haribulan aku dengan husben candle light dinner di Billionares Concept Cuisine. Depan Jusco Melaka, atas restoran Api-Api Steamboat. Makan malam ala-ala romantik. Tapi tak romantik Opal sibuk meneroka kedai tu. Aku tak sempat pun makan. Sedihhh ! Mungkin dia tengok cafe tu menarik sangat kot ! Cafe memang sangat menarik ! Decoration kedai tenang. Memang sesuai untuk pasangan untuk makan malam yang romantik. Tak sesuai untuk family yang bawak anak-anak. (jenis anak-anak yang active)  Rata-rata aku tengok meja dia maximum 4-5 orang jer. Minimum untuk 1-2 orang. 


Akak yang deco kan meja ni tanya aku nak warna apa. Aku cakap lah merah putih baru romantik! Heheh. Tempat makan memang selesa. Yang belah husben tu dia macam kerusi panjang, siap ada bantal lagi. If kita nak makan ala-ala macam kat rumah pun boleh.  Suasana malap-malap. Tak terang sangat. Yang ni aku makan belah dalam kedai (aircond ) yang belakang tu luar kedai (angin tiup sepoi-sepoi). Makanan dia not bad. Aku oder spegetti cabonara & fries untuk opal. Husben pulak lamb shoulder. Air dia kebanyakkan coffee. So aku oder ice lemon tea.






Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun bukan suprise. Pekerja-perkeja dekat cafe ni memang ramah dan mesra. So next time boleh datang lagi. Uols yang nak suprise kan husben or wife ake rekemen akak ni. Service tip top okey !

Cafe                   : Billionaires Concept Cuisine ( Pernah masuk jalan-jalan cari makan TV3)

No 8-1, Jalan Lagenda 6, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka. Berhadapan dengan Aeon Jusco Bandaraya Melaka

Suprise Planner : Puan Zura - 0196859736

1 comment: