Thursday 15 September 2016

Sambal Daging Korban Terkunci Hatiku

Assalamualaikum dan hai ! 

Sepanjang minggu raya korban ni, macam biasalah menu hari-hari adalah daging. Semalam dinner aku daging masak asam by MIL. So hari ni, aku masak Sambal Daging Korban Terkunci Hatiku request by husben. Lauk tambahan sup tulang by MIL. 

Bahan-bahan utama adalah bawang merah, bawang putih dan belacan yang ditumbuk halus. Kemudian tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing or naik bau. Bila dah rasa oke, boleh la tumiskan cili kisar sehingga pecah minyak. Sebelum tu, masukkan sebatang serai yang dah dititik. 

Bila cili dah pecah minyak, boleh la masukkan daging. Daging ni aku rebus dulu. Tapi bagi yang tak nak rebus pun boleh. Bagi aku lagi sedap rebus dulu. 


Bila cili dah nak kering, boleh la masukkan air asam jawa. 


Nanti sambal korang akan jadi macam ni 


So korang boleh lah kemas-kemas dapyr sementara nak tunggu kuah nya pekat. Jangan lupe masuk garam, gula dan ajinamoto. Ikot sesedap rasa okey ! 


Taraaaa !! Sambal Daging Korban Terkunci Hatiku by Datin. Mohon terliur 😁

No comments:

Post a Comment