Tuesday 21 June 2016

Hilang Mood Rayaku - Kurung Anzalna

Assalamualaikum dan hai !


Korang dah beli baju raya ? Persiapan raya macam mana ? Mood raya korang okey tak ?

Haissh mood raya aku dari 100% terus drop 20%. Ini semua pasal baju raya lah. Semalam asben dah ajak pergi H&M cari baju raya aku dan Opal. Tapi macam mana tah aku boleh tergerak hati cakap tak yah. Aku ajak beli dekat Padini jer. Tapi bagi aku baju-baju dekat Padini memang oke dan harga berpatutan. Masalahnya sekarang seluar tak ada saiz. Sebelum pregnant and kawen memang aku selalu beli seluar dekat Padini. Time tu saiz aku like model lah. Hehehe sebab badan pun halus-halus aje. Sekarang saiz paling besar pun tak muat. Aku rasa time puasa ni la aku kurang makan. Haisssh! Lepastu aku cakap kat asben tak apelah, nanti seluar aku beli dekat butik Voir. Memang masa pregnant beli situ sebab ada saiz besar-besar. Baju jerla yang aku dapat rembat sehelai kat Padini sebab masa pilih-pilih tu dah nk kol 10 malam. Kedai pun nak closing.

Balik aku singgah Bazaar Klebang 1 Malaysia. Memang plan nak cari jubah untuk husben & dak Opal. Tapi jubah tak ada yang sedondon anak beranak untuk lelaki. So beli jela baju melayu warna Emerald Green. Cantik pulak warna tu. Patutnya amek warna unggu tapi asben kate hijau tu cantik. Masa tu jugak cari baju kurung untuk aku. Asben malas nak keluar banyak-banyak kali. So aku jumpa 2 baju yang berkenan. 1 kurung Anzalna 1 lagu kurung cotton manik. Kalau ikot aku memang peminat kain cotton. Tapi tak tahu ape yang buat aku tercakap kat asben nak baju Anzalna. Terus beli and bawak balik rumah aku rasa menyesal sangat beli. Sebab tertiba terlintas dalam pikiran baju ni kan dah lama release so ramai lah yang dah ada sebelum raya and pattern dia sama jer semua. Mungkin aku jalan raya nanti mesti ada yang pakai. OMG ! aku tak nak.. ! Kalau boleh aku nak orang tengok baju aku and cakap "cantiknya baju dia" paling penting orang tak pernah nampak baju tu. Mahal pun mahal sampai RM170. Kat on9 baru RM120. Aku boleh beli blouse kot RM50 tu.

Menyesal sangat beli. Rasa nak beli baju lain jer. Tapi mesti asben aku marah. Sebab membazir. Allah , mood raya pun ke laut.


Sumber dari facebook

3 comments:

  1. cantik baju kurung anzalna tu :) raya ni ramai yg suka pakai jubah kot hehe

    ReplyDelete
  2. cantik mmg cntik tapi klu nk buat raya mcm tak best sbb rmai beli kot .

    ReplyDelete