Tuesday 3 November 2015

Pengalaman Breastfeeding NofaL

Assalamualaikum dan hai .

Hari ini genap 3 bulan 20 hari NofaL sepenuhnya menyusu badan. Alhamdulillah, amiinn.
Walaupun baru 3 bulan, sekarang susu badan aku makin berkurangan. Bukan lah kurang maksudnya tak ada lansung. tapikuantiti tu dah kurang  pump. Selalu bila tepat kol 1 lunch hour aku pump at least paling sikit pun aku dapat 3oz. Dulu sampai 5oz boleh dapat. Bila 2nd pump dapat 4-3 oz. Sekarang mampu dapat 1oz tengahari and petang.



Walaupun bila aku pump time tu takda, tapi susu untuk NofaL direct breastfeeding ada. Tapi aku seorang ibu yang berkerja. Tak mampu nak direct breastfeeding setiap masa. Bila tengok kuantiti tu semakin sikit, semakin sedih pulak rasa.

Dulu masa baru-baru bersalin aku nak sangat anak aku minum FM. Aku tak tahu kenapa. Mungkin aku tak tahu lagi kebaikan BF nie. Sebab sebelum ni apa yang aku nak makan akan terbatas dek kerana risaukan NofaL. Yela orang akan cakap '' eh jangan minum ais nanti budak hisap susu kembung perut'' ''jangan makan pedas-pedas nanti baby kembung'' '' jangan minum air gas nanti kembung'' tapi tu semua kegemaran aku. -_-! (Even sekarang memang aku makan jer, alhamdulilah NofaL kental tak kembung perut)

Sekarang bila pump susu and tak keluar banyak, aku akan sedih. Sedih gila dohh, lagipun Nofal dah terbiasa direct breastfeeding. Bila dengan aku dia tak nak hisap botol, even susu perah pun. Mula-mula dulu memang la aku rasa, ''susah lah baby nak susu nak bagi kat mana. Alahh nak berjalan susah lah nak menyusu baby nanti orang tengok''. (maklum lah bebudak lagi) Sekarang aku dah terbiasa dan aku bangga dapat breastfeeding NofaL.

Bila aku terjumpa sesiapa yang ada baby, aku akan buat-buat tanya , ''baby susu ape ?'' dengan perasaan '' tanya la aku balik '' hahaha (nak bangga sebab mampu bagi susu badan) Aku bukan lah nak riak tapi cuma nak share je kan, tak salah kan ??




No comments:

Post a Comment