Tuesday 22 September 2015

Pengalaman Bersalin Normal & Czer

Assalamualaikum dan hai you guys !

Okey aku rasa dah berhabuk dah blog ni bila aku tak ada masa nak update blog. Lama gila kot aku tak buka blog. Sebab bizi sangat mase pregnen mase tu(bizi lah sangat padahal malas!) hihihi
Well semua orang sedia maklum hormon ibu  mengandung kan berubah-berubah. Ada malas tahap gaban ada masa rajin.

So hari ni aku nak kongsi kat blog tentang pengalaman bersalin 2 bulan lepas (dah lama baru nak update, dah tak fresh dah cerita kau tu ) Walaupun dah lama tapi kenangan tu masih lagi terbayang-bayang oke ! First time kann, siapa boleh lupa.

10 Julai 2015
Aku  start cuti hari ni.Orang sibuk cuti awal coz takot terberanak awal, aku rilek keje lagi even due date 14.7.15. Yela aku  rasa macam baby nak keluar lambat. Tu yang tak rasa sakit or keluar tanda. Okey 10 haribulan masa tu hari jumaat aku masih tak sakit lagi, tapi setiap hari aku doa supaya keluar tanda coz tak nak kena induce. Banyak pengalaman yang aku dengar induce ni sakit dari biasa(betul ker ?)

11 Julai 2015
And the day pun tiba,  lepas sahur  nak mandi macam biasa sebelum solat subuh, then aku terperasan ada darah sikit dekat panties. Tapi aku buat tak tahu jer. Lepas solat aku rasa macam darah period keluar, kali ni banyak sikit dari kat panties tadi. So aku berdesup pergi GH dan kena tahan wad. Pesan nurse KK Tanjung, kalau pecah air ketumban, keluar darah bercampur lendir terus pergi hospital. Kes aku lebih kurang darah bercampur lendir.

12 Julai 2015
Darah masih keluar seperti biasa, sikit tapi jarang. Ujian CTG pun masih normal. Disebabkan duedate semakin hampir doc kat GH tu buat scan pada baby. Doc ramalkan kemungkinan baby aku 3.5 kg. Orang cakap berat baby macamtu kira besar. Tinggi aku163cm, so takde masalah untuk normal. Keputusan untuk hari ini, semua normal dan masih menunggu jalan keluar terbuka.

13 Julai 2015
Hari ini doc ada check jalan bawah, baru buka 1cm. aku adalah buat ketuk ketampi selama kat hospital tu. Tiap kali masuk toilet lepas kecing aku ketuk ketampi 10x. Petua katenya klau nak baby keluar awal. Sape nak induce oiii. Sakit !!
10 malam- ( 14 Julai 2015) Mama datang nak jenguk princess dia yang sorang ni. aku citer lah yang petang tadi aku rasa sakit, perut macam mengeras. Tapi tak macam contraction yang 10-15 minit tu. Mama dah takut, mama cakap dia tak nak balik and nak tidur dekat luar wad. Sebagai seorang anak, aku kesian ar tengok mak sendiri tidur kat kaki lima. GH kann, mana boleh sesuka hati masuk. Lepas pujuk-pujuk  akhirnya mama bersetuju nak balik tapi dengan syarat kalau masuk labour orang pertama kena call ialah mama.
12 Malam-( 14 Julai 2015) Lepas keluar masuk keluar masuk toilet sebab nak terkencing and sakit macam contraction, masa baring tiba-tiba rasa air suam keluar macam terkencing. Akak sebelah katil perasan and cakap''air ketumban dah pecah, pergi panggil nurse''. Masa tu aku gagahkan diri untuk berjalan even masa tu sakit contraction tu makin kuat. Doc check bukaan dah 4cm and aku ditolak masuk labour room. Call mama, and mama tak tidur sebab risaukan aku.
4 Pagi-( 14 Julai 2015) Asben aku dipanggil masuk coz kami dah pergi kursus peneman.
5 Pagi-( 14 Julai 2015) Mungkin bukaan dah 8-9 cm , doc dan yang lain mual buat persiapan. aku disuruh teran (alaaa macam beranak tu, push-push) Tapi sayang, doc cakap aku tak reti. Tiap kali aiku teran, doc kata salah and bukan macam tu. Sedih sangat time tu, sebab doc kate kepala baby dah nampak.
6 Pagi-( 14 Julai 2015) Apabila ditinggalkan bersama asben, asben aku bagi semangat. Tapi masih lagi sama. aku masih tak boleh teran. Doc dah mula marah-marah, sebab dia takut baby lemas dan aku tertidur sebab kepenatan. Mungkin itu cara dia. Sumpah memang masa tu aku tak tahu nak push. Dan akhirnya doc buat keputusan untuk czer. Even kena czer aku lega coz baby masih boleh diselamatkan.
7 Pagi -( 14 Julai 2015) aku ditolak ke bilik pemedahan. 2 kali sedut gas yang nurse cakap boleh tahan sakit tu, aku dah tertidur dan lansung tak sedar apa-apa.
8 Pagi -( 14 Julai 20155) Alhamdullilah lahir lah seorang kalifah kecil Allah yang dinamakan Ahmad Naufal Iman Bin Ahmad Fuad. Semoga menjadi anak yang soleh mendengar kata dan taat kepada ibu bapa. Betul-betul ikut due, 14.7.2015.



3.2 kg 



No comments:

Post a Comment