Wednesday 17 June 2015

Yeaaayyy!! Kencing kotor dah turun. 36 Weeks already

Asslamualaikum dan hai.

Semalam I checkup macam biasa. Well benda utama sekali ialah ujian air kencing I, so keputusannya dah turun. Alhamdulliah dari 3+ turun 1+, dan tak payah makan antibiotic yang bucukk tu lagi. Cuma dapat ubat lawaskan air kencing sahaja. 

Yeaaayyy !!! I dah 36 minggu. Nurse cakap I dah dalam tunggu hari ajerr. Semalam bila doc scan babybump I, doc cakap kepala baby dah masuk dalam lubang peranakan( betol ke? mungkin) tapi doc cakap memang dah masuk dalam lubang. So bila bila masa jer kalau baby nak keluar. Alhamdullah sekali lagi coz semua nya baik baik sahaja. 

Allah tak sabarnya nak deliver tapi dalam masa yang sama I tak nak cepat masa berlalu coz I rasa macam tak puas jer nak merasai keindahan semasa hamil. Serious !!! indah sangat. Allahh syukur sangat kerana diberi peluang. 

Keperluan baby alhamdullah buat masa ni I beli yang perlu jer dulu. Maklum lah buat masa ni I dalam kesempitan. Mana nak settle hal rumah baru, nak sambut raya lagi( raya ke ??) hahahah kalau deliver sebelum raya, memang tak raya lah. Insya Allah semoga dipermudahkan.

Sekarang memang I tengah eksaited tunggu orang baru, insya Allah lepas deliver I update pasal rumah baru I plak. Dari sebelum pindah sampai lah pindah.  

No comments:

Post a Comment