Wednesday 17 June 2015

Yeaaayyy!! Kencing kotor dah turun. 36 Weeks already

Asslamualaikum dan hai.

Semalam I checkup macam biasa. Well benda utama sekali ialah ujian air kencing I, so keputusannya dah turun. Alhamdulliah dari 3+ turun 1+, dan tak payah makan antibiotic yang bucukk tu lagi. Cuma dapat ubat lawaskan air kencing sahaja. 

Yeaaayyy !!! I dah 36 minggu. Nurse cakap I dah dalam tunggu hari ajerr. Semalam bila doc scan babybump I, doc cakap kepala baby dah masuk dalam lubang peranakan( betol ke? mungkin) tapi doc cakap memang dah masuk dalam lubang. So bila bila masa jer kalau baby nak keluar. Alhamdullah sekali lagi coz semua nya baik baik sahaja. 

Allah tak sabarnya nak deliver tapi dalam masa yang sama I tak nak cepat masa berlalu coz I rasa macam tak puas jer nak merasai keindahan semasa hamil. Serious !!! indah sangat. Allahh syukur sangat kerana diberi peluang. 

Keperluan baby alhamdullah buat masa ni I beli yang perlu jer dulu. Maklum lah buat masa ni I dalam kesempitan. Mana nak settle hal rumah baru, nak sambut raya lagi( raya ke ??) hahahah kalau deliver sebelum raya, memang tak raya lah. Insya Allah semoga dipermudahkan.

Sekarang memang I tengah eksaited tunggu orang baru, insya Allah lepas deliver I update pasal rumah baru I plak. Dari sebelum pindah sampai lah pindah.  

Wednesday 10 June 2015

Alahai Kencing Kotor Lah Pulak !

Assalamualaikum dan hai !

Result ujian kecing manis haritu dah pun keluar. Alhamdullah 4.00++. That means gula dalam darah I tak tinggi. Tapi...... kencing kotor I still tak hilang, dan masih 3+. Sedihhhh ! -__-

Doc kata if kencing kotor I tak turun and after buat ujian pada air kncing I and bermasalah kemungkinan akan dihantar ke hospital besar untuk scan masalah bua pinggang. Oh no ! I tak nak !!! I tak suka masuk hospital, eeeeuuuu. Nanti dia cucuk tang sana sini. I ni penakot bukan berani sangat nak kena cucuk-cucuk ni. Tapi I risau sangat dengan anak dalam kandungan ni. Semoga dilahirkan cukup sifat (sempurna) dan sihat hendaknya.

Keputusan ujian air kencing pun dah keluar last Monday. And nurse kat klinik yang I selalu checkup tu call and suruh I datang amek ubat. Kate nya doc dah oder ubat untuk I. Ubat tu agak mengerikan., setiap biji dimasukan dalam tempat kita nak tut dengan suami, nasib baik ubat tu hanya 3 biji jer . Masuk hari ni dah 2 biji. Esok yang terakhir. Moga-moga I dan baby sihat hendaknya. Aminnnn.