Thursday 23 April 2015

Minum Air Gula Kali Ke-2

Assalamualaikum dan hai ! 
Macam biasa semalam adalah hari untuk I checkup mingguan untuk ibu mengandung, dan semalam juga lah I kena minum air gula. Waaaaa !! tak sanggup rasanya nak cerita kesedapan air gula tu(drama) Bab air gula 1, bab I kena cucuk amek darah sampai 3 kali pehal ?? Sakit weyyy! Nurse tu macam tak profesional jer. Sakit lepas tu darah dia sedut tak cukup. Dulu masa minum air gula kali pertama dengan daftar buku pink, amek darah tak de plak kes macam ni. Rileks je darah I kena sedut. Kali ni nurse yang amek darah tak berapa nak okey la, tapi dorang sume mesra alam and baik-baik belaka.

Semalam timbang berat just naik 800 gram je. Nurse cakap, berat tak cukup naik. Sepatutnya naik 1kg. Memang I sengaja tak nak kasi berat naik. Sebelum pergi checkup I puasa 2 hari. Sambil jaga makan sambil puasa sunat bulan Rejab. Selalunya berat I akan naik 2 kg sekaligus. Nurse akan mula membebel, cakap terlebih berat, nanti anak besar lah kena kencing manis la. -_-!

Bagi yang hamil anak pertama akan kena enject bagi mengelakkan kancing gigi pada ibu and bayi. So semalam 4 kali la I kena enject. Bulan depan lagi sekali untuk kancing gigi. Rasa bengkak-bengkak 1 badan kena enject(propa je) heheheh! 

No comments:

Post a Comment