Wednesday 17 December 2014

Manisnya Cinta Di Cappadocia - Review


Auuucchhh ! Fazura (Ifti) sangat menawan hatiku ! Shaheizy Sam (Nazmi) pulak romantik gilerr dalam cerita ni. Ouhhhh hatiku  cair bagai coklat cadbury yang diletakkan di bawah matahari terik !

Semalam Sha dengan Asben bawak sepupu iols pergi tengok wayang. Tak bajet pun nak tengok cerita melayu. Paham-paham lah cerita melayu zaman sekarang mengarut sangat. Tapi disebabkan cerita omputeh sume under 18. So budak-budak tu kesian tak dapat tengok cerita yang best-best ! 

So Sha bawak dorang tengok cerita Manisnya Cinta Di Cappadocia Dan cerita nya membuat aku tertarik. Coz tak de part-part membosankan. Walaupun dah pukul 11 malam. Sha still tak mengantuk tengok cerita ni. Sebab sangat ROMANTIK !!! 

Nazmi sangat gentlemen ! Suka part Nazmi ikot Ifti pergi Turkey. Then jujur jer Nazmi cakap yang dia ikot Ifti pergi Turkey. Tapi part Bakhtiar(Faizal Hussien) lamar Ifti memang tak suka lansung. And What The Fishh ! Dengan perangai yang tak bertanggungjawab tu ada hati nak jadikan Ifti sebagai isteri. Memang people can change. Tapi kalau dah perangai dah buruk sesiapa pun akan serik.



Sinopsis:

‘Manisnya Cinta Di Cappadocia’ mengisahkan tentang seorang wanita bernama Ifti Liyana yang masih tercari-cari erti cinta sejati.Hubungan cinta Ifti bersama Fredo yang terjalin bertahun lamanya terputus dipertengahan jalan apabila Ifti menyedari teman lelakinya itu tidak setia.Pertemuan pertama Ifti bersama Nazmi telah menimbulkan satu perasaan yang dia sendiri tidak faham. Kehadiran Nazmi dalam hidupnya benar-benar membuatkan perasaan bercelaru. Atas rasa ego yang tinggi, perasaan rindu terhadap Nazmi dibiarkan tersimpan erat di dalam hati.Namun, Ifti sekali lagi rasa seperti dipermainkan apabila dia mendapat tahu Nazmi sebenarnya sudah berkahwin.
Adakah Ifti sanggup mengorbankan cintanya? Adakah Ifti sanggup menjaga anak-anak Nazmi seperti anak-anaknya sendiri?


Oke part yang Nazmi dah berkahwin tu, tipu jer. Itu bukan Nazmi tapi Khairil abang Nazmi yang muka sama macam Nazmi. Then bila Ifti dapat tahu kebenaran nya. Masa tu lah dia rasa menyesal tak kesudah. Kesian Nazmi tau masa tu. Tapi Nazmi datang pujuk dengan menghadiahkan kereta kodok (volkswagen) yang dah dimakeup. -kereta tu lah, yang Nazmi bawak Ifti pergi first date. Tapi masa tu volkswagen tu buruk giler(ala-ala kerata haji bakhil dalam Labu Labi)

Sweet kan ? So kalau nak fefeeling romantik pergi lah pawagam yang berdekatan. Heheheeh ^^

No comments:

Post a Comment