Thursday 27 November 2014

Pengalaman Mendaftar Sebagai Ibu Mengandung

Assalamualaikum dan selamat pagi uols.

Hari Sha nak share pengalaman mendaftar di Klinik sebagai seorang ibu buat kali pertama dalam hidup. Heheheh. Memang eksaited and takut la jugak masa nak pergi mendaftar tu. Disebabkan anak pertama, opcoz la Mr.Asben akan menjadi peneman setia. Tak ajak pun dia tetap akan ikut. Dia pun eksaited uols.

Dalam family Mr.Asben dia anak number 2. Masa kahwin ritu, Sha jalan sekali dengan abg dia. So, disebabkan Sha pregnant dulu dari akak ipar dia. Mak mertua I eksaited jugak nak ikot I pergi mendaftar. Cucu sulung uols.

Sha daftar dekat Klinik Kesihatan Tanjung Keling. Ye kot ? Sha pun tak pasan. Ingatkan daftar kejap jer. Mase nurse nak bukak buku pagi tu dalam 9 lebih , dia dah pesan awal-awal '' Hari ni nak daftar lebih kurang 1 jam tau.'' Sha pun iye lah. Maklum lah kali pertama, mana lah nak tahu apa-apa. Dia cakap ''Hari ni kena amek darah, check gigi, jumpa doktor''



Bab lambat tu Sha memang tak kisah, sebab memang dah minta cuti pun hari tu. Tapi bab amek darah memang ada masalah sikit. Mahu tak nya, masa nak buat ujian saringan HIV sebelum kahwin ritu pernah nak terpitam kott. Badan melayang-layang. Nasib baik Sha jenis kuat. Tak delah pitam mase tu. Tapi badan rasa macam nak tumbang jer masa tu. Pastu kali ni nak buat lagi. Memang pengsan la jawab nya. Tapi alhamdullilah, nurse yang amek darah tu buat tak sakit sangat. biase-biase jer rase. Sha pun , ehhh tak sakit pun. This one lagi better dari nurse kat Poloklinik tu.

Lepas amek darah, check air kencing check gigi last sekali kena jumpa dengan doktor pulak. Ingat kan doktor bab-bab kehamilan ni perempuan tapi lelaki uols. Umur dalam 40 an lah kot. Sebab ada uban. Hahaha. So Sha pun bersangka baik la. Ingat kan doktor tu just bagi nasihat or tips-tips. Tapi hari pertama dia dah buat scan. Bagus jugak, dia cakap nak pastikan Sha tak pregnant diluar rahim. Alhamdullilah buat masa ni tak ada pertanda kandungan diluar rahim.

After 12 a.m baru lah selesai dengan jayanya prosedur untuk mendaftar.


No comments:

Post a Comment