Wednesday 24 September 2014

Pesbuk, Insta, Wechat, Wasap Dan Lain-Lain


Gambaran di atas sudah menjadi kebiasaan di Malaysia. Tak pelik la kalau kita tengok budak umur 6 tahun pun sudah memiliki gadget. Dan aku seorang yang penggemar gadget tegar ! Gadget yang menjadi kegilaan aku adalah henpon ^^ walaupun henpon aku tak lah semahal mana tapi aku tak boleh berenggang walaupun seminit. (sampai kena marah dengan asben)


Pesbuk, twitter, wasap, wechat semua aku ada (sebelum kahwin) tapi sejak dah berumah tangga ni. Aku uninstall semua benda tu. Yang active hanya pesbuk wasap dan insta. Asben cemburu katanya. Memang lah suami mana tak cemburu. Bukan ker orang cakap cemburu tu tandanya sayang. Ceh ceh ceh...  Ni pun baru dapat download wechat dengan syarat asben suruh buat account baru. Asben cakap wechat yang lama ramai kawan lelaki. Bukan aku saje-saje add orang yang tak kenal, dah semua kawan sekolah kawan seIKBN aku lelaki. So aku add lah.

Kadang-kadang aku rasa jauh ketinggal di alam kemodenan ni coz, apa yang orang update dekat pesbuk dan insta aku rasa macam terpinga-pinga seolah-olah tak paham apa yang dorang nak sampaikan. Contoh macam #ootd penat aku pikir ape benda lah tu. Dah lama baru aku tahu OOTD- OUTFIT OFF THE DAY.  Nampak tak aku ketinggalan. 

Puas aku pujuk asben supaya benarkan aku bermedia sosial-cehhh ayat hahah. Sampai aku tak tahu apa yang trending sekarang ni dekat twitter. Sobb...sobb kesian sungguh aku ni. Pujuk dan pujuk and finally aku berjaya melembutkan hati suami tercinta. Sukar sebenarnya kalau suami seorang yang anti media sosial ni macam asben aku ni. Sebelum kahwen, asben aku mana ada pesbuk. Bukan duk pelusuk kampung pun . Kampung pun 15 minit nak ke Bandar Hilir(pusat bandar). Wifi, laptop, ipad, henpon android semua ada. Tapi tak tahu kenapa dia tak ada pesbuk. Sebulan nak kahwen dia suruh aku bukak pesbuk accept dia as afriend. Hahahah tergelak aku. Finally dia ada pesbuk.

Dulu puas aku pujuk suruh buat pesbuk. Dia jawab''malas,xnak ar, nanti-nanti lahh'' 
abang-abang....


No comments:

Post a Comment