Tuesday 22 July 2014

Dugaan Di Bulan Ramadhan

Salam ramadhan ke-24.

Di kala orang sibuk duk buat persiapan raya yang bakal tiba beberapa hari je lagi, Wanie dikejutkan dengan berita sedih. Rumah nenek dilanda ribut. Habis rosak teruk. Kejadian berlaku pagi tadi.

Wanie tak tahu sebenarnya, maksu lah update gambar tadi kat facebook. Wanie tengok pun terkejut and tak percaya. Tapi ini bukan kali pertama, sbelum ni pun pernah terkena musibah jugak. Dalam tahun 2011 rumah nenek Wanie tu terbakar akibat litar pintas. Habis semua dijilat api. Lagi pun rumah nenek Wanie jenis rumah kayu lama. Tu pun tinggal bahagian dapur jer tak terbakar. Sebab dapur makteh dah naikan batu.

En. Tunang bagi kata-kata semngat "ALLAH tak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya sayang'' terima kasih abang^^. Memang lah Wanie tak tinggal kat situ, tapi Wanie membesar dengan suasana rumah tu. Dari kecik lagi Wanie ulang alik ke rumah tu. Dah macam rumah kedua Wanie. Lagi-lagi nak raya ni. Orang duk sibuk kemas rumah, kiteorang duk sibuk perbaiki rumah.





Semoga kami sekeluarga tabah menerimanya. Aminnnn



1 comment: