Wednesday 18 June 2014

For Bride-To-Be - Anda Mahu Bentuk Badan Yang Sempurna ?

Amboi, mentang-mentang I nak jadi pengantin, habis sumua entri kene mengena dengan persiapan kahwin. Opcozz la, eksaited punyer pasai. Heheheh

For me, I tengah on diet coz nak nampak slim melim masa menyarung baju Raja Sahari nanti. Nak tahu diet ape yang I amal kan ? Ok uools boleh refers dekat  SINI (Diet Atskins Malaysia) Amaran- Baca dan fahami dulu sebelum  mengamalkan. Jangan tak percaya, my friend turun 5kg dalam seminggu -> cerita benar sebenarnya bukan rekaan taw ! Me just 1kg je coz, tak boleh nak lari dari makan luar bersama En.Fiancee. If I makan luar nafsu bagai orang kebulur. Semua benda I nak order. So 1kg cukup memadai lah bagi I yang susah nak mngawal nafsu makan ni.

Bukan diet jer yang I mula amalkan malah I amalkan beberapa senaman ringan untuk mengecilkan peha. Kenapa peha ? Mestilah peha menjadi tumpuan utama. Kalau ikut secara logik nya la kan, perut yang buncit boleh ditutup dengan korset kalau peha yang besar nak tutup pakai ape ?? Dengan senaman lah ! Selain dapat tubuh yang lansing cantik dan mengiurkan (cehhh gitu) badan pun sihat sejahtera hendaknya. Minda pun cergas tak gitu.

Meh sini I nak kongsikan 5 senaman yang mudah

-> SENAMAN 'MENGGUNTING' (bukan pegang gunting taw)
 Senaman ini sangat mudah dan tidak memenatkan. Ia menumpukan bahagian peha . Caranya baring di atas lantai yang rata dengan tangan di sisi. Angkat ke dua belah kaki lebih kurang 45 darjah dan lakukan gerakan seperti menggunting. Silangkan kaki kamu ke kiri dan ke kanan dan ulang langkah ini sebanyak 12 – 15 kali setiap set. Dari gerakan ini kamu akan terasa tekanan di otot-otot bahagian peha.

-> MELOMPAT 

Tak kisah sama ada kamu melompat menggunakan trampoline atau tali skipping ia sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak serta meningkatkan metabolism. Bukan itu sahaja, ia juga dapat megurangkan selulit serta menbentuk kaki yang cantik dan sempurna.

-> SENAMAN DINDING

Jika kamu mempunyai masa terluang, cuba lakukan senaman ini di rumah. Caranya mudah sahaja, berdiri tegak sambil bersandar di dinding. Rehatkan tangan pada dinding dan turun badan dengan perlahan-lahan. Turun sehingga posisi badan seperti sedang duduk di atas kerusi. Tahan posisi seperti ini selama mana yang kamu mampu. Kemudian diri tegak semula.  Kebanyakan orang hanya bertahan selama beberapa saat sahaja pada permulaannya setelah membiasakan diri kamu pasti akan dapat bertahan lebih lama. Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya 5 kali sehari.

-> PUSINGKAN KAKI

Dengan memusingkan kaki juga boleh membantu kamu untuk mengecilkan peha. Caranya sangat mudah, kamu hanya perlu berbaring mengiring dan berbantalkan lengan mengikut arah yang kamu baring. Sebelah lagi tangan posisikan di bahagia perut. Angkat kaki sebelah setinggi yang boleh, sambil tarik nafas buat pusingan kaki mengikut pusingan jam. Cuba lakukan gerakkan ini tanpa menggerakkan anggota tubuh badan yang lain. Lakukan ia sebanyak 5 kali sebelum menukar posisi.


-> KASUT TINGGI
Kasut tinggi bukan sahaja nampak cantik di pakai oleh para gadis, ia juga akan membuatkan posture badan kamu lebih tegak dan tidak membongkok. Bukan itu sahaja, kasut bertumit tinggi mampu membentuk otot di bahagian betis dan peha. 

Okay camne paham tak ? Yang bukan Bride-To-Be nak mencuba pun boleh. 

Credit to REMAJA 


SELAMAT MENCUBA


No comments:

Post a Comment