Monday, 22 January 2018

Yeaayy Stroller Dah Beli . Fairworld Baby Stroller (Black)

Assalamualaikum dan hai !

Okayy, cerita nya bermula camni. Jumat lepas husben ajak gi beli stroller idaman aku tu kat Mydin, sebab aku tunjuk stroller yang aku nak tu kat Mydin so aku decide beli kat situ je. Sampai-sampai kat bahagian stroller husben dok belek-belek stroller lain pulak dahh 😐😐 Then dia tunjuk aku stroller jenama ape tah aku tak tahu and memang tak nak tahu sebab bukan citarasa aku. Carton mickey mouse. Boleh baring, facing parent 4 roda semua tu la. Tapi tak compact macam aku nak tu. Husben cakap ''yang ni okey, boleh baring selesa sikit baby, yang tu (stroller compact) macam kecik je, boleh baring ke ? Aku cepat-cepat amek model (abang Opal) tunjuk kat husben. "Boleh ni, nampak(sambil baringkan abang Opal, kaki terjuntai sikit sebab abang Opal tunjang)"

Husben aku tunjuk lagi stroller lain, kali ni 3 roda. aku cam okey la sebab 3 roda pun aku minat gak. Tapi stroller 3 roda aku minat SCR(SweetCherry) punya stroller sahaja. Yang husben tunjuk tu jenama fairworld. Aku cakap nak jugak yang compact tu. So husben macam malas nak gado, dia pun panggil budak Mydin tanya stroller tu ada warna lain tak sebab yang display warna pink. Budak tu cakap tinggal yang tu 1 je, kalau nak beli pun memang display set pink tu sahaja. Takkan aku nak beli pink kann ? Lain la baby Nuf ni gegirl. Husben cakap, beli jela yang ni(stroller 3 roda fairworld) harga pun under bajet. Aku macam pasrah sikit merelakan, aku cakap nak warna biru sebab yang display warna merah tak cantik. Budak Mydin cakap, yang tu pun tinggal display set. Aku legaa gila, sebab tak ada. Husben tanya macam mana ? Aku jawab tak nak la, nak biru. Nanti cari kat Giant je yang SCR tu. (ekceli alasan aku aje, aku nak ajak dia beli kat kedai AnakIbuShop @ QQBaby Shop yang memang ada stroller compact tu)


Aku ajak husben pergi cari stroller sabtu haritu, tapi husben tak sihat then malam pulak ada jemputan besday member aku. Misi mencari stroller macam kecundang sabtu tu. Ahad pulak husben ada projek wiring, aku tak nak lah push-push dia ajak pergi cari stroller kang seman dia datang hapaahh pun tak dapat. Aku buat rilekks je. Aku tanya, bila nak cari stroller? Husben jawab malam nanti kita pergi. Disebabkan QQbaby & AnakIbuShop tak bukak malam, aku decide nak cari dekat Manjaku. Biasa kedai macam ni memang banyak pilihan stroller. Aku harap stroller yang aku nak tu ada. Tapi dalam masa yang sama aku dah listkan 2 backup stroller kalau stroller compact tu takda. 1. SCR 3 roda (memang under bajet) 2. Stroller Fairword (4 roda tapi compact dan design dia pun bercorak cantik)

Misi mencari stroller pun bermula, sampai-sampai je kat Manjaku aku terus jadi gila. Hahahah firstime aku jejak kaki kat Manjaku even anak dah nak 2. Barang dalam shop tu banyak wei. Nasib la aku dah beli baju baby, kalau tak memang shopping sakan aku malam tu. Husben terus naik tingkat atas dan mencari stroller pilihan hati aku. Dia kann, tak habes-habes dengan stroller 3 roda. Aku sampai je kat bahagian stroller dia tunjuk aku SCR 3 roda 😔😔 Aku cakap jap la, nak tengok-tengok dulu. Memang banyak stroller kat tingkat 2 tu,  cuci mata weii. Masa tengah tengok-tengok tu tak nampak lak kelibat stroller compact aku tu. Tapi aku nampak stroller backup no 2 (Fairworld compact) terus aku panggil husben suruh tengok. Dia cakap "hah ni lawa, ade corak-corak'' lepastu husben tanya pekerja Manjaku ''cuba lipat nak tengok'' husben pun terus terpikat sebab memang compact dia kata ''hah oke la ni same macam ayang nak tu'' dia tengok harga pun murah RM260 terus dia suruh pekerja tu hantar ke cashier. Aku pun oke dengan stroller tu, tapi tula stroller tu display set tak ada kotak or beg. Freegift pun takda.

 Fairworld Baby Stroller (Black) tadaaa. (gambar google je) yang sebenar tak sempat nak snap





Aku beli sama warna dan sama design macam dalam gambar. Husben simpan dalam bonet kereta Myvi semlam pun tak makan ruang sangat, siap cakap okela ni, kalau nak travel boleh muat beg lagi 1-2.

Thursday, 21 December 2017

Scan Di Klinik MESRA Pertam Jaya Melaka

Assalamualaikum dan hai !

Alhamdulillah 26 weeks already. Syukur atas nikmat yang diberikan. Sepanjang pregnant ni tiada alahan mahupun elergi. Baik-baik saje hendaknya. Ekceli masa Opal dulu aku tak pernah sekali pun scan klinik swasta. Cuma baby Nuf ni aku eksaited gila bila nak scan. Setiap hari aku menghitung minggu yang terbaik untuk buat scan. Dari details scan, gender dan 4D. Haritu masa dia 18 weeks aku dah buat details scan. Alhamdulillah, doc kata baby sihat, normal. Tapi masa tu doc tak cakap pasal baby melintang. And masa tu jugak doc dah bagi hint yang macam nampka bebird (boy) baby.

Untuk yang ke 26 minggu ni adalah genap-genap untuk buat 4D scan. Aku dah survey 2 klinik yang murah dan female doctor. 1 dekat Klinik Jasniah Bukit Beruang. 1 Klinik MESRA Pertam Jaya. Husben decide untuk ke Klinik MESRA sebab dekat dan dah tahu jalan. Semalam pergi Klinik MESRA ni tak ada orang sangat. Masa aku sampai, aku sorang je. Sunyi. Mybe waktu sebab waktu bekerja kot.

Bila tak ada orang, so service pun laju lah, hahaha. Tak sampai berapa minit lepas pendaftaran aku dipanggil. Mula tu doctor tanya soalan "ya kenapa puan" so aku jawab dengan takut-takut "nak scan, kalau dapat nak buat scan nampak muka'" then doc pun jawab "26 weeks adalah minggu genap-genap untuk buat, jika takda masalah boleh nampak muka" aku pun okelah.

Lepastu keluar dan ke bilik scan. Masa ni macam-macam doc terangkan. Tapi paling awal doc tanya, dah tahu jantina baby? Aku jawab belum sebab ritu scan baby kepit. Saja je, sebab aku nak double konpem gender baby. Doc pun scan then bagithu "haaa, ni bebird dia, so konpem boy. Dapat la abang dia kawan" Ekceli masa tu aku down sangat. Aku harapkan scan first tu silap. Tapi ternyata betul. Musnah harapan aku untuk melahirkan anak perempuan. Yes, memang emosi aku semalam murung, sebelum ni aku macam dah mula terima hakikat and dapat semangat untuk teruskan pregnancy ni walaupun boy. Hanya Allah yang faham perasaan aku saat ni. Aku nak nanges tapi tak boleh, sebab bagi aku kenapa aku harus nanges. Ini semua ketentuan Allah. Nak dengan tak nak aku kena terima dengan hati terbuka and redha.

Belum sempat semangat aku datang, doc bagitahu yang baby aku melintang. Susah untuk cari muka dia. Aku dah macam 'sudah jatuuh ditimpa tangga' kalau melintang macam mana aku nak bersalin normal. Untk yang kedua ni aku nak sangat bersalin normal. Allah... besar dugaan untuk aku. Doc pulak bukan bagi kata semangat tapi macam nak menjatuhkan semangat aku. Dengan tak bersalah dia cakap "kalau baby tak turun terpaksa ceaser" Sepatutnya cakap la "tak pa awal lagi, banyakkan bersujud supaya baby cepat turun or pusing" kan sedap didengar .

So far doc Klinik MESRA ni bagus. Setiap minit dia akan terangkan 1 per 1. Apa yang kita tanya, dia akan jawab dengan baik. Rasa macam bukan cakap dengan doc tapi dengan kawan-kawan. Memang rekemen Klinik ni. Aku nak scan 4D tapi baby tak berapa nak nampak, so dia caj scan 2D (RM65) + 1 keping gambar.



Friday, 15 December 2017

Stroller Pilihan Hati

Assalamualaikum dan hai !

Wahhh kejap je dah 6 bulan. Rasa macam baru je semalam check upt. Haha. Persiapan baby almost done. Even 2nd baby pun aku rasa macam 1st baby pulak coz boleh dikatakan semua beli baru. Baju newborn tak kisah lah anak  2-3-4-5 memang aku  niat akan beli baru. Bagi aku mereka berhak untuk merasa yang baru dan tak sampai hati rasanya nak kitar semula baju abang dia. Melainkan darurat tu takpe, boleh kitar semula. Macam tilam, stroller, kain bedung, stoking tu tak pe ahh pakai second hand. Kalau masih elok whay not kita guna balik. Tak basi punn. Untuk baby Nuf pulak aku just guna kain bedung, stoking and barut je milik abang Opal. Lain-lain beli baru, tapi ada jugak aku topup-topup kain bedung and stoking tu. Gilaa kauu kalau tak beli !! Cecomel kott mesti terbeli ahh. Hahaha. 

Cakap pasal kitar semula, barang abang Opal dia dulu tak de ahh banyak naa. Banyak jugak aku tak beli, even 1st baby. Sebab MIL kata boleh amek barang anak buah dia. Contoh macam stroller,carseat & buai. So untuk Baby Nuf ni aku memang niat nak belikan dia stroller disebabkan stroller abang Opal dia yang dulu tu tak berapa nak best dan bukan pilihan hati. 

Stroller pilihan hati aku dulu adalah stroller 3 roda. Tak kesah la brand apa. Yang aku survey and menarik hati adalah brand SCR 6 dan Quinny Zapp. (Boleh Rujuk Entri INI) Memang niat nak beli kalau ada rezeki 2nd baby. Alhamdulillah Allah beri rezeki tu, dan aku nak tunaikan hajat tu. Tapi Quinny aku blacklist dulu coz harga memang tahap aku tak mampu. Hahaha. 

SCR 6
 Cantikk dan menarik hati. Tapi masalahnya, berat dan besar. Husben tak minat sebab besar katanya. Bonet Myvi mungkin penuh isi kan dia saja. Lagipun aku selalu perasan mommies banyak nak letgo stroller pattern ni, alasan nak cari stroller yang labih compact. 

Finally pilihan hati adalah COMPACT stroller macam ni ↓↓↓↓↓↓ Banyak brand sebenarnya. 



Sekarang aku tengah survey-survey dulu nak beli kat mana. Sebab dah banyak sangat orang jual pattern gini. Takut juga tersalah beli. Kalau nak elok beli jenama YOYO tapi harga pun jangan cakap lahh. Ekceli patern gini harga dia RM300-400 je. Fuhh still under bajet. Kalau pattern ni, suami setuju nak beli. Dia kata senang and jimat ruang. Sebenanrnya memang la kene ikot citarasa dia, sebab yang nak buka and simpan sokk memang dia lah bukan aku. Aku tengah jaga anak memang tak lahhh nak layan. 

Kalau nak beli sok, aku nak cari warna meroon macam SCR. Entah, tak tahu kenapa lebih tertarik kaler maroon. Mybe sebab unisex. Boy or Girl pun boleh guna. 

Tuesday, 14 November 2017

Tema Dinosour Untuk Baby Nuf

Assalamualaikum dan hai !

Baby Nuf adalah panggilan untuk anak aku yang kedua ni. Awal kan aku cari nama ? Hahaha ekceli sebelum aku disahkan pregnant pun aku dah memang sediakan nama untuk adik Opal. Senang tak yah pikir-pikir dah. Nama panjang Ahmad Nuf..... Iman Bin Ahmad Fuad. Hahahaha boleh tak camtu ? Wajib ada Ahmad & Iman macam abang dia. Baru lah orang tahu dorang adik beradik. Nanti bila dah bersalin baru aku bagitahu nama sebenar. InshaAllah dipermudahkan bulan 3 nanti. Aminnn

Disebabkan haritu scan doc cakap baby dalam kandungan ni baby boy, aku mula hilang semangat tapiiiii semangat tu dah ada balik !! Yahooooo !! Alhamdulillah terima kasih Allah. So, disebabkan semangat tu dah ada, berkobar-kobar lah aku nak beli barang baby. Aku tetap kan semua barang baby Nuf adalah bercorak Dinosour. Memula aku ingat macam susah jer nak cari corak dinosour tapi Allah permudahkan urusan aku. Lazada, mall jalan lah mana-mana mesti jumpa corak ni.

Buat masa ni aku baru berjinak-jinak nak beli baju dulu. Disebabkan aku memilih sikit, ada lah dalam 4 pasang. Hahahahah, itu pun sebab jumpa 2 helai corak dinosour dan 2 helai sleepsuit yang memang dalam checklist.



Comel kann ? Semoga ada rezeki lagi untuk jumpa corak dinosour. Aminnn

Tuesday, 31 October 2017

Scan 2D dan 4D - Boy Ke Girl ?

Assalamualaikum dan hai !

Alhamdulillah aku dah masuk 18 weeks 6 day. Sebenarnya aku tunggu 20 weeks untuk scan gender, coz rata-rata klinik swasta yang berdekatan aku tanya semua nak 20++ weeks. Tapi disebabkan checkup di klinik kesihatan yang selalu aku pergi hanya sekali jer doktor klinik tu scan perut, so aku buat keputusan untuk scan di details di swasta. Ekceli aku tanya 1 klinik ni, pekerja situ sarankan aku datang untuk scan details bila dah 18 weeks ke atas, then bila nak booking dia kata kena ada di klinik jam 7 malam. Bagi aku yang berkerja office hours dan perjalanan nak ke klinik tu ambil masa so decide untuk ke klinik lain. Klinik Rawatan An Nur di Gangsa. Aku tanya pekerja dekat klinik An Nur tu untuk booking, tapi pekerja situ kata 18 weeks dah besar untuk details scan. Pekerja situ sarankan aku buat 4D. Aku pun okey lah, biasa kalau 4D ni boleh tengok gender sekali. Eksaited lah.

Bila nama aku dipanggil, so aku terus ke bilik doktor  macam biasa, baring and bersedia untuk scan. Doktor tanya aku nak buat 4D ke ? Sebab kandungan aku masih kecik takut tak nampak. Aku pun beritahu yang aku dah tanya pekerja kat situ untuk buat scan biasa tapi dia saran kan 4D tu yang aku ye kan. Doktor cakp takpe, dia cuba-cuba jer nasib la kalau nampak muka guna 4D tu. Alhamdulillah, baby membesar dengan sihat ikut perkembangan. Jantung buah pinggang semua oke. Doc kata down syndrom pun tak nampak sebab nampak batang hidung baby normal. Tapi doc kata nampak macam kawan abang(boy), aku mula down. Tapi masa tu doc scan guna 2D, yang 4D tu just muka baby tapi tak nampak sangat.

Aku 2-3 kali tanya, doc betul ke boy? Doc kata nampak macam boy. Mungkin doc dah nampak reaction aku macam sedihh dia suruh aku datang next time bila dah 26 weeks untuk buat 4D time tu baru boleh konpemkan boy atau sebaliknya. Tapi bagi aku, kalau dah scan boy, memang konpem boy sebab peratusan untuk girl tu kurang melainkan scan nampak girl. Kalau scan nampak girl kemungkinan akan kuar boy coz bebird dia terkepit ke..

Sebelum aku scan, aku guna kaedah lain macam urine test(soda bikarbonat), gender test dan jadual kalender cina. Contohnya macam bawah

1.Urine test guna soda bikarbornat. Yang ni aku ada confius sikit, kadang-kadang aku test berbuih, tapi kadang-kadang test tak berbuih so putuskan yang gagal dikenal pasti.

2. Prediction Gender Test. Yang ni aku test dapat pink (girl) tapi sekali je, coz lagi 1 pcs aku sedekahkan kat kawan aku yang pregnant juga.


3. Guna kalender cina. Yang ni paling umum dan paling fames. Ini pun aku dapat keputusan perempuan melaui tarikh EDD (due date)

Due date aku 28.3.2018 then umur aku masa tu dah 27 tahun. Sama macam dalam gambar yang aku bulat kan. 

4. Calculator Gender. Yang ini aku guna online. Keputusan pun girl.



Sebenarnya benda-benda macam ni hanya ramalan tak boleh percaya 100%. Yang boleh percaya 50% pun berdasarkan scan. 99% scan 4D yang memang konpem nampak gender.

Berdosakah aku mempertikaikan ketentuan Allah ? Aku bukan apa cuma harapan yang aku letak terlalu tinggi untuk anak perempuan. Aku cuma perlukan kata-kata semangat. Aku jadi terlalu obses dengan anak perempuan bila orang-orang sekeliling aku bernasib baik coz punyai anak yang sepasang tambahan pulak orang-orang terdekat. Aku cuba nak berfikirkan positif tapi kata-kata yang keluar dari mulut orang-orang terdekat macam meletakkan harapan kat aku supaya punyai anak perempuan. Allah macam mana aku nak hadapi semua ni, bila anak aku lahir nanti. Memang betul mulut orang kita tak mampu nak tutup tapi aku amat terasa bab-bab perkara sensitive macam ni. Doakan la aku supaya tabah hadapi. Aminn

Friday, 15 September 2017

Sambutan Hari Lahir Opal Yang Ke 2 Tahun

Assalamualaikum dan hai !

Masa bulan 7 haritu aku bersempatan menyambut hari lahir Opal yang ke 2 tahun, walaupun majlis tak grand alhamdulillah lepas juga niat aku untuk sambut birthday dia. Ekceli aku bukan lah nak sangat buat majlis setiap tahun untuk sambut birthday Opal ni, sekadar beli kek tiup lilin dan buat makan-makan sikit pun cukup bagi aku. Cuma rezeki Opal datang tanpa diduga. Contoh masa birthday 1 tahun dia, aku plan nak beli kek dan masak-masak sikit lepastu jemput sedara-mara jiran terdekat datang rumah. Tarikh birthday Opal jatuh time raya, so aku plan orang datang raya sambil meraikan birthday Opal gituuu. Tapi masa aku plan dan-dan adik ipar nak bertunang, so decide buat pada tarikh birthday Opal sambil tu aku tumpang majlis dia. Hihihi sambil menyelam minum air. Kesimpulannya, masa birthday dia yang 1 tahun meriah lah sikit sebab ramai tetamu.

Untuk birthday Opal yang ke 2 tahun plak, aku memang decide nak beli kek just tiup lilin dekat rumah je. Macam biasa, tarikh birthday dia jatuh time-tima raya. Husben pulak nak jemput budak-budak kerja dia datang beraya, kesimpulannya aku suruh husben jemput kengkawan dia datang beraya masa birthday Opal. Boleh aku masak banyak dan buat open house sekali jalan dengan birthday party Opal.

Majlis aku buat malam, hari sabtu 15 haribulan Julai. Disebabkan tarikh lahir dia 14 Julai jatuh hari jumaat, ngam-ngam lah esok tu aku buat. Sabtu pagi smpai petang husben kerja lagi tu yang buat malam, lagipun aku memang suka buat malam sebab tak panas. Kalau siang kang fuhhh aku punya berpeluh macam tengah buat kerja ikat batu bawah panas lahhh. Menu-menu nya biasa-biasa jer. Kuah soto ayam boleh makan dengan mee kuning , bihun atau nasi impit. Menu tambahan, aku pesan roti canai KASIH SAYANG  yang diuli dengan kasih sayang dan sate ayam/daging. Menu sampingan pula aku jala sendiri roti jala , aku sumbat sendiri tauhu sumbat berlauk , dan kuih muih dari mama yang di tempah.

Kek plak aku dah lama cari idea nak tempah kek macam mana. Tahun lepas kek Superman 2 tingkat isi kek rainbow. Tapi tahun ni aku nak kek simple but nice. Memula aku nak buat kek bajak sebab Opal suka bajak. Tapi bila survey kek superman Opal tahun lepas yang 2 tingkat tu lagi murah dari kek bajak. So aku cancel. Berkenan pulak aku dengan minion. So aku tempah lah kek minion 1 tingkat. Memang under bajet betul kek Opal tahun ni.




Kek tahun ni aku tempah dengan baker yang sama masa kek superman Opal tahun lepas. Bagi aku kek dia sedap , harga berpatutan , dan paling aku sua seni dia halus. Cantik macam yang aku nak. Tak menyesal 2 tahun turut-turut aku tempah dengan dia. Semua puji kek minion dia sedap. Licin uols ! Decoration pulak , ak sebenarnya malas nak deco-deco ni disebabkan ada biras-biras aku yang rajin. So sifat rajin tu datang sendiri. Bagi aku boleh jer nak tempah yang pakej decoration tu tapi rasa cam membazir je, sebab benda tu semua boleh jer buat sendiri. 











Maaf gambar tak berapa nak cantik. Memang aku tak upah camera man tahun ni sebab aku rasa macam nak buat majlis simple-simple jer, last-last aku yang nanges tepi bucu sebab semua gambar tak cantikkk. Sob sob sob. Tahun lepas aku puas hati sangat sebab aku upah camera man dan banyak gambar cantik yang aku dah cuci and masuk album. Tahun ni macam malas nk cuci sebab malu nak pergi kedai tunjuk gambar. Waaaaa -__- !

Tahun ni pun aku tak sediakan goodies gula-gula untuk bebudak. aku just tabur jer gula-gula atas meja. Konsep siapa nak hah hambekkk berapa banyak nak hambekkk ! Gituuuu . hahahahah 

Alhamdulillah majlis jalan dengan jaya nya. Aminnn. 


Tuesday, 29 August 2017

Gender Baby by "Gender Prediction Test"

Assalamualaikum dan hai !

Bagi ibu-ibu yang over eksaited macam aku ni, aku boleh rekemen korang untuk cuba try test Gender Prediction Test ni. Nak tahu kenapa ? Sebab kandungan seawal 6 minggu !! dah boleh tahu gender baby. Jangan cakap macam korang tu tak kesah baby boy ke girl kannnn ? Mybe untuk anak pertama boleh lah korang cakap macam tu, tapi kalau dah masuk anak nombor 2 3 4 5 mesti nak tahu punyer lah. Nak tunggu scan lambat nau-nau ler. Al maklum lah, eksaited mengandung ni lain macam sikit.



Opkos lah aku dah cuba. Hihi, Opal dulu aku mengaku memang tak tahu dia boy ke girl. Aku just agak-agak gitu jer. Scan pun aku tak buat. Now yang 2nd ni, aku eksaited sikit. Sebab masa Opal dulu aku tak tahu lak benda ni ada. Disebabkan Opal boy, mestilah yang 2nd ni aku harapkan girl. Jeng jeng jeng !


Ni contoh test tu. Aku tunjuk kat husben test ni. Dia tnya aku ? Kenapa ni ? Tak pregnant ke ? Hahahaha sebab dia nampak 1 line je. Ekceli memang 1 line ye uols, nanti uols dah cuba cakap aku tipu lak sebab naik 1 line je. Yang membezakan cuma warna je ! Macam aku punya dikira warna merah. Dia ada 2 warna jer. Merah dan biru. 


Jelas tak gambar / Hihihi masa nak buat test ni. Aku macam takut-takut la jugak. Bukan takut apa. Aku takut dapat warna biru. Maklum lah aku memang nak girl kalau diizinkan. Alhamdulillah, result pun memuaskan. Tapi aku tak lah cakap yang aku 100% percaya. Lagipun scan pun kadang-kadang tak betul. Macam kes kawan aku dan akak ipar aku. Dedua scan no bird-bird, last-last keluar bebird jugak. InshaAllah kalau dah rezeki anak perempuan tak kemana. 

Kalau korang nak beli boleh beli kat trusted seller ni NIABABYWORLD

1 set RM 30 + RM 8 Postage 
1 set ada 2 pcs

Sama macam aku, tapi aku baru guna 1 pcs. Mybe minggu ke 20 ke baru aku guna lagi 1 pcs.